ARTIS ~ Bisnes Prepaid Tune talk Jana Pendapatan Lumayan anda...
banner

ARTIS

Miera Liyana Mohon Maaf Kerana Memakai Baju Seksi


Susulan kesilapan sendiri memakai baju yang seksi seperti gambar di atas, Miera Liyana telah memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan cara pemakaiannya. Berikut ialah permohonan maaf Miera Liyana.
Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi. Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini. Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang. Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama
Kepada Miera Liyana, tahniah kerana mengakui kesilapan anda. Semoga berhati-hati di masa hadapan. Sekian terima kasih.

Yang penting jadikan ini sebagai pengajaran. Bukan matlamat dunia sebegini yang perlu dicari sebaliknya marilah sama-sama mencari keredhaan Ilahi untuk kekal bahagia di dunia dan akhirat nanti.

________________________________________________________________

Tahniah! Miera Liyana cemerlang SPM 2011 

Miera Leyana yang kini namanya hangat diperkatakan ekoran kontroversi baju seksi yang diperagakan pada majlis baru-baru ini, cukup puas dengan keputusan SPM yang diumumkan kelmarin (23/3), dengan mendapat kebanyakannya A dalam mata pelajaran yang diambilnya. Jumlah sebenar "A" yang diperolehinya tidak didedahkan kepada umum. Miera sendiri tidak menyangka akan mendapat keputusan yang cukup memuaskan, tambahan dia agak sibuk menjalani pengambaran filem juga drama.




'Mungkin, antara kunci kejayaan saya adalah pembahagian masa di antara pelajaran juga kerjaya dalam bidang seni. Keluarga saya juga menjadi pendorong kejayaan ini dengan memberi sokongan dan mereka bersyukur dengan keputusan yang diterima," tambah Miera lagi.
______________________________________________________________

Gambar Persandingan Tomok Newboyz & Ayu

 


Waduh, begitu sopan sekali isteri Tomok, Ayu mencium tangan suaminya sebagai tanda hormat ketika majlis persandingan mereka yang berlangsung di rumah pengantin perempuan, Sabtu lepas. Besok bersamaan 6hb, majlis resepsi Tomok & Ayu akan berlangsung di Saloma Bistro bagi meraikan kedua-dua pengantin ini bersama pihak media.

______________________________________________________________

Gambar Persandingan Nabil dan Zira


Alhamdulillah…

Selamat dah Nabil dan Zira diijabkabulkan. dengan 2 kali lafaz, Ahmad Nabil Bin Ahmad sah menjadi suami kepada kepada Nazirah Binti Ayub. Majlis Pernikahan Nabil dan Zira berlangsung di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya.


Pasangan Nabil dan Zira ini telah dinikahkan oleh jurunikah merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.

Majlis resepsi kedua mempelai ini akan diadakan pada 2 Oktober nanti di Digital Park i-City, Seksyen 7, Shah Alam dengan bertemakan Wonderland.


 Selamat Pengantin Baru Nabil & Zira.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...