TIPS ~ Bisnes Prepaid Tune talk Jana Pendapatan Lumayan anda...
banner

TIPS

I.) HATI-HATI SCAM MAILWARE (Email)!

1. Dari Liberty Reserve konon (ni keje mat negro)
                              
            a)       

                               
             b)
Jika anda klik link di gambar (b) tu, AKAUN LIBERTY RESERVE anda (jika ada) akan di hack dan akibatnya semua duit dalam acc tersebut hilang sekelip mata. Mat Negro ni akan redirect link di atas ke web berikut ---http://qsv.de.gs----- (ini web org jahat mengintai). So harap semua berwaspada jelah.

So pengajarannya, jgn percaya sesuatu yang memang cantik je tapi palsu dan jangan sesekali klik link yang ada dalam email kita, confirm dangerous. So berhati2 jelah..

___________________________________________

Betulkah Anda Mengenali Si "Dia"?


Mereka yang pernah putus tunang (atau putus cinta) tentu sekali pernah menerima soalan seperti, “Kenapa boleh putus?”, “Siapa yang minta putus?” atau “Apa alasan yang dia bagi?” Namun, yang paling lazim adalah “Berapa lama dah kenal dengan dia?”
Betul tak?

Tidak dinafikan kita perlu mengenali seseorang sebelum menerimanya di dalam hidup, namun ia adalah mustahil untuk “betul-betul” mengenalinya. Beruntung kita kerana Umar Al-Khattab r.a. ada meninggalkan satu contoh tentang perihal “kenal” yang mungkin dapat kita jadikan panduan, InsyaAllah.

Diriwayatkan oleh Ibnu Katsir di dalam Al-Irsyad bahwa di dalam suatu perbicaraan seorang lelaki telah tampil sebagai saksi bagi seseorang. Lelaki tersebut mendakwa beliau mengenali orang yang terlibat di dalam perbicaraan itu.

Umar Al-Khattab bertanya kepada lelaki tersebut, “apa yang engkau ketahui tentang dia?”
“Tentang keadilan dan kemuliaan,” jawab lelaki (yang ingin menjadi saksi) itu.

“Adakah dia jiran kamu, sehingga kamu mengetahui tentangnya baik di waktu siang atau pun malam?”, tanya Umar lagi.

“Tidak,” jawab lelaki itu.

“Adakah dia pernah bermuamalah (berniaga, bertansaksi) denganmu, sehingga dengan muamalah itu kamu mengetahui sejauh mana kewara’kannya (meninggalkan yang ragu-ragu) ?”, tanya Umar lagi.

“Tidak,” jawab lelaki itu.

“Adakah dia temanmu di dalam perjalanan sehingga engkau mengetahui kemuliaan akhlaknya?”, tanya Umar untuk kali ketiga.

“Tidak,” jawab lelaki itu lagi.

“Bererti engkau tidak mengenalinya.”, kata Umar. Lalu Umar menyuruh menampilkan saksi lain.

Wallahu’alam.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...